Harga Sewa Kren 7 Tan
RM850 untuk sehari penuh, atau RM550 untuk separuh hari — kren bersama pengendali. Kerja di luar kawasan Seremban mungkin ada caj pengangkutan, jadi beritahu lokasi untuk harga yang tepat.
Kerja Yang Sesuai Dengan Kren 7 Tan
- 01Naik dan turun unit aircond ke bumbung atau tingkat atas
- 02Tapak rumah, renovasi dan kerja pembinaan kecil
- 03Lorong belakang kedai dan ruang sempit yang kren besar tak boleh masuk
- 04Alih mesin dan peralatan kecil di bengkel atau kilang
- 05Pasang papan tanda dan struktur ringan
- 06Kerja yang perlu cepat siap — separuh hari biasanya sudah cukup
Apa Perlu Diberitahu Untuk Tempah
Lokasi dan jalan masuk ke tapak, tarikh dan masa, apa yang perlu diangkat, anggaran berat, serta ketinggian dan jarak angkatkan. Hantar gambar di WhatsApp dan kami beritahu sama ada kren 7 tan sudah cukup atau perlu kren 20 tan.
Kawasan Yang Kami Liputi
Seremban, Seremban 2, Senawang, Nilai, Port Dickson, Rembau, Mantin, Labu dan seluruh Negeri Sembilan. Kerja di luar kawasan ini boleh dibincangkan.
Kelayakan
- 01Kren berlesen JKKP — mesin dan pengendali mematuhi keperluan keselamatan.
- 02Pengendali bertauliah — bukan orang yang belajar sendiri di tapak.
- 03Syarikat berdaftar CIDB — rekod dan pendaftaran yang boleh disemak.
Cara Tempah
WhatsApp 012-656 5477 dan beritahu lokasi, tarikh, apa yang perlu diangkat dan anggaran berat. Kami balas dengan kren yang sesuai dan sebut harga sebelum kerja bermula.
